Monday, 20 April 2009

Tiada Yang Sempurna

Tidak salah sekiranya kamu mahu menjadi kekasih yang sempurna. Namun ada yang wajib kamu tahu....
Kenali pasangan kamu dan segala harapanya. Jangan cuba samakan semua lelaki. Setiap orang ada cara yang tersendiri. Ada yang suka dimanja dan ada yang tidak suka. Setiap perhubungan itu punya keunikan yang tersendiri.

Terlebih memberi menyintainya jika....
  • Si dia lupa harijadi kamu namun tanpa rasa sakit hati kamu tetap tidak pernah lupa untuk menyambut hari ulang tahunnya dengan penuh kemeriahan.
  • Bercinta sudah sekian lama tetapi si dia tidak pernah minum minuman kesukaan kamu.
  • Tiba-tiba muncul dihadapan kamu setelah 2 minggu hilang tanpa khabar berita.
  • Kamu selalu ungkap kata-kata I Love U dan sebagainya sedangkan si dia sekalipun tidak pernah.
  • Setiap kali hari kekasih si dia tidak pernah berada di samping kamu apatah lagi mengingatinya.
  • Kamu menyimpan baik semua surat, kad cinta dan hadiah daripadanya.
  • Setiap kali dia kurang sihat kamulah orang pertama yang menjenguknya namun dia tidak pernah menghargainya malah nampak seperti kurang senang dengan kehadiran kamu.
Kamu tahu cintanya begitu besar bila....
  • Si dia sentiasa mengingati tarikh kamu diisytiharkan sebagai kekasih
  • Tanpa diminta dia punya inisiatif sendiri untuk membeli air mineral untuk kamu setelah penat berjalan.
  • Kamu memesan pizza dan dia datang membawa soft drink sebagai pelengkap.
  • Kamu yang sentiasa mengakhiri perbualan dalam telefon.
  • Dia tidak pernah lupa untuk bersama kamu pada hari kekasih dan lebih romantik lagi dia tidak lupa untuk menempah meja untuk makan malam bersama kamu.
  • Kamu membuka lacinya ternyata nama kamu tertulis di diarinya.
  • Dia sakit kamu membelikan ubat untuknya dan bila dia sihat dia tidak lupa membelikan kamu hadiah tanda dia amat menghargai kamu menjaganya.


0 comments: