Monday, 20 April 2009

Ciri- ciri kamu telah dewasa

Kamu mesti tidak mahu dikategorikan dalam golongan orang yang bersifat keanak-anakan. Jadi pastikan kamu mempunyai ciri-ciri berikut :
1.Tenang
Kamu sentiasa kelihatan tenang tidak kiralah dalam apa jua situasi termasuklah situasi cemas kerana bagi kamu kelam kabut akan menambahkan lagi masalah bukannya menyelesaikan masalah.
2.Berfikiran panjang
Kamu tidak membuat sebarang keputusan dalam masa singkat, sebaliknya akan berfikir panjang kerana bagi kamu masa depan dan jangkamasa panjang adalah lebih penting daripada yang ada hari ini.
3.Yakin
Kamu sentiasa yakin pada diri sendiri dan tidak akan sesekali mengalah sebelum mencuba.
4.Bertanggungjawab
Kamu berani menanggung apa jau risiko dari keputusan yang kamu ambil. Kamu juga tidak akan sesekali menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Prinsip kamu berani buat berani tanggung.
5.Menghormati orang lain
Kamu sentiasa menghormati orang lain. Tujuannya kerana kamu juga mahu orang lain menghormati kamu sepertimana kamu menghormati orang lain.
6.Tidak Hipokrit
Kamu lebih suka berterus terang daripada menyimpan perasaan. Bagi kamu selagi kamu rasakan apa yang akan kamu katakan baik bukan sahaja untuk diri kamu tetapi semua orang jadi amat penting untuk kamu luahkan.
7.Bersaing secara sihat
Biarpun agak ketinggalan tetapi kamu tidak pernah ada rasa dengki atau iri hati dengan kejayaan orang lain. Bagi kamu kejayaan kamu adalah mampu bersaing secara sihat tanpa melakukan sesuatu yang menyakiti hati orang lain.
8.Tidak mementingkan diri
Kamu sentiasa mementingkan orang-orang disekeliling kamu dan tidak pernah mementingkan diri sendiri untuk mengecap kebahagiaan. Bagi kamu, kebahagiaan tidak akan tercipta andai kamu sahaja yang bahagia.
9.Punya sifat memimpin
Setiap orang yang telah dewasa haruslah ada sifat memimpin kerana ia penting untuk membina sebuah keluarga yang bahagia apabila sudah berkahwin kelak. Jadi, andai kamu rasa sifat kepimpinan ini telah ada pada kamu sah lah kamu telah dewasa.

0 comments: