Thursday 30 April 2009

20 Cara Untuk Jadikan Roomate Anda Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Wednesday 29 April 2009

Antara Anak Dan Kereta Mana Lebih Beharga

Ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan..............
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya. ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA

Wednesday 22 April 2009

Kerna Ku Sayang Kamu

seandainya kau ada disini denganku
mungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku


kuingin bersama dirimu
ku tak akan pernah

berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
kan slalu ku nanti
karena kusayang kamu

hati ini selalu memanggil namamu

dengarlah sayangku
ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain


adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg ku rasa
sanggupkah ku terus terlena
tanpamu di sisiku
ku kan selalu menantimu

Tuesday 21 April 2009

Jangan

Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan.
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

Hati seorang wanita


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang inginLELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.


3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudahtercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yanglain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.


4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.


5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yangamat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.


6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.


7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanjabukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.


8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolakketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.


9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dantulus.


10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITAdiciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Do you

Do you feel me loving you
Do you feel me touching you
Do you feel me wanting you
Do you feel me honestly loving you
But i do have this fear
Fear for loving youFear for wanting you
Fear for lossing you
Let me love you the way i do
Let me love you just the way you are
Let me love you where ever you might
And let me love you for the rest of you
Do you feel me loving you?
Do you feel me so close in your heart?
Do you feel me missing you so much?
Do you feel me loving you honestly?
This is what i got left
The only things and feelings that i had for you
This is the only thing that i wanted to
And please dont take it away from me.
Do you feel me loving you?
And yes i really do!

Alahai Minah...

Name aku Minah aku ade balak name balak aku Mat

kitorang dah lame kenal dah lama saling sayang menyayang kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu kitorang keluar laa jalan2 macam biase tapi aku terase lain macam sket si Mat bawak aku pegi kedai emas die nak beli cincin hadiah untuk kakak die katenye

lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye aku pon ikut je laaa tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka

lpas tu, kitorang pegi kedai bunga Mat beli sejambak bunga ros merah pun untuk kakak die jugak katenye aku pon malas laa nak tanye banyak2 same je jawapan die dari tadi

tak lama lpas beli bunga tuh tibe2 Mat berenti.. dier berdiri tegak memandang ke arah aku.. mukanya agak kemerahan panas kot

tapi die senyum2.. dan tunduk memandang kasut sendiri tibe2 die 'go down on one knee' maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril "i want to see you go down on one knee..marry me today... "

Mat memanggil nameku.. "Minah... " sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi aku terdiam... . aku terpaku di situ...

perasaanku mula bergelora sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding tiba2 terbayang keluarga dan anak2 tanggungjawab yang berat terhadap keluarga sudah bersediakah aku... ?

tetapi aku gembira dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi Mat masih tunduk... die memanggil namaku lagi skali "Minah... "

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat dan pada masa yang sama juga Mat mendongak memandang ke arahku mata bertentang mata.. mat bersuara...

"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape?? Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab.. tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat tali kasut nih..cepat laaa..panas nih..ishhhh..susah btol >orang sentimental nih... "

Dan aku pon meraung bagai nak gile malunye aku hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

Puisi Si Suami Kepada Isteri

Isteriku
jika engkau bumi
akulah matahari
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu... ...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

*** Balasan Puisi si isteri***



Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu
dan... .

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt
sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau
terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada merekasedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepaswaktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujungrambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak dan salinglah berpesan2lah sesama kita..

Monday 20 April 2009

Tak Mungkin

Mengartikan dirimu di dalam hatiku
Betapa ku sesali adanya dirimu
Haruskah ku bertahan demi cinta ini
Yang tak mungkin
Andaikan saja ada keteguhan hati
Tuk membuka kembali jalan cinta ini
Biarkan ku menanti semua janji kita
Sampai batas waktu mengakhiri
Dan tak mungkin untuk kita bersama
Di atas perbedaan yang slamanya mengingkari
Dan tak mungkin bila ku melepasmu
Sungguh hati tak mampu
Mengertilah cintaku
Dan tak mungkin
Semestinya tak ada yang memisahkan cinta ini
Karna hanya dirimu satu cintaku
Mengertilah cintaku
Percayalah cintaku
Apa mungkin...?

Kerna Ku Sayang Kamu

seandainya kau ada disini denganku
mungkin ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu
ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
kan slalu kunanti
karena kusayang kamu
hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah sayangku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain
adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
ku kan selalu menantimu

Ciri- ciri kamu telah dewasa

Kamu mesti tidak mahu dikategorikan dalam golongan orang yang bersifat keanak-anakan. Jadi pastikan kamu mempunyai ciri-ciri berikut :
1.Tenang
Kamu sentiasa kelihatan tenang tidak kiralah dalam apa jua situasi termasuklah situasi cemas kerana bagi kamu kelam kabut akan menambahkan lagi masalah bukannya menyelesaikan masalah.
2.Berfikiran panjang
Kamu tidak membuat sebarang keputusan dalam masa singkat, sebaliknya akan berfikir panjang kerana bagi kamu masa depan dan jangkamasa panjang adalah lebih penting daripada yang ada hari ini.
3.Yakin
Kamu sentiasa yakin pada diri sendiri dan tidak akan sesekali mengalah sebelum mencuba.
4.Bertanggungjawab
Kamu berani menanggung apa jau risiko dari keputusan yang kamu ambil. Kamu juga tidak akan sesekali menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku. Prinsip kamu berani buat berani tanggung.
5.Menghormati orang lain
Kamu sentiasa menghormati orang lain. Tujuannya kerana kamu juga mahu orang lain menghormati kamu sepertimana kamu menghormati orang lain.
6.Tidak Hipokrit
Kamu lebih suka berterus terang daripada menyimpan perasaan. Bagi kamu selagi kamu rasakan apa yang akan kamu katakan baik bukan sahaja untuk diri kamu tetapi semua orang jadi amat penting untuk kamu luahkan.
7.Bersaing secara sihat
Biarpun agak ketinggalan tetapi kamu tidak pernah ada rasa dengki atau iri hati dengan kejayaan orang lain. Bagi kamu kejayaan kamu adalah mampu bersaing secara sihat tanpa melakukan sesuatu yang menyakiti hati orang lain.
8.Tidak mementingkan diri
Kamu sentiasa mementingkan orang-orang disekeliling kamu dan tidak pernah mementingkan diri sendiri untuk mengecap kebahagiaan. Bagi kamu, kebahagiaan tidak akan tercipta andai kamu sahaja yang bahagia.
9.Punya sifat memimpin
Setiap orang yang telah dewasa haruslah ada sifat memimpin kerana ia penting untuk membina sebuah keluarga yang bahagia apabila sudah berkahwin kelak. Jadi, andai kamu rasa sifat kepimpinan ini telah ada pada kamu sah lah kamu telah dewasa.

Info Tentang Blog

  • Blog berasal daripada perkataan web log
  • Sehingga penghujung tahun 2007 lalu, lebih 12 juta blog dikesan aktif di seluruh dunia
  • Ramai yang mengatakan blog pertama ialah halaman What's New yang dihasilkan oleh Marc Andersen pada tahun 1993
  • Blog mula mendapat perhatian pada tahun 1999 apabila Pyra Lab telah memperkenalkan Bogger.com

Tiada Yang Sempurna

Tidak salah sekiranya kamu mahu menjadi kekasih yang sempurna. Namun ada yang wajib kamu tahu....
Kenali pasangan kamu dan segala harapanya. Jangan cuba samakan semua lelaki. Setiap orang ada cara yang tersendiri. Ada yang suka dimanja dan ada yang tidak suka. Setiap perhubungan itu punya keunikan yang tersendiri.

Terlebih memberi menyintainya jika....
  • Si dia lupa harijadi kamu namun tanpa rasa sakit hati kamu tetap tidak pernah lupa untuk menyambut hari ulang tahunnya dengan penuh kemeriahan.
  • Bercinta sudah sekian lama tetapi si dia tidak pernah minum minuman kesukaan kamu.
  • Tiba-tiba muncul dihadapan kamu setelah 2 minggu hilang tanpa khabar berita.
  • Kamu selalu ungkap kata-kata I Love U dan sebagainya sedangkan si dia sekalipun tidak pernah.
  • Setiap kali hari kekasih si dia tidak pernah berada di samping kamu apatah lagi mengingatinya.
  • Kamu menyimpan baik semua surat, kad cinta dan hadiah daripadanya.
  • Setiap kali dia kurang sihat kamulah orang pertama yang menjenguknya namun dia tidak pernah menghargainya malah nampak seperti kurang senang dengan kehadiran kamu.
Kamu tahu cintanya begitu besar bila....
  • Si dia sentiasa mengingati tarikh kamu diisytiharkan sebagai kekasih
  • Tanpa diminta dia punya inisiatif sendiri untuk membeli air mineral untuk kamu setelah penat berjalan.
  • Kamu memesan pizza dan dia datang membawa soft drink sebagai pelengkap.
  • Kamu yang sentiasa mengakhiri perbualan dalam telefon.
  • Dia tidak pernah lupa untuk bersama kamu pada hari kekasih dan lebih romantik lagi dia tidak lupa untuk menempah meja untuk makan malam bersama kamu.
  • Kamu membuka lacinya ternyata nama kamu tertulis di diarinya.
  • Dia sakit kamu membelikan ubat untuknya dan bila dia sihat dia tidak lupa membelikan kamu hadiah tanda dia amat menghargai kamu menjaganya.


Sebuah Persinggahan

Aku benih dari cinta ibu dan ayah
Aku lena di rahim ibu
Roh dihembus ke jasad
Hiduplah aku memandang dunia

Sebuah persinggahan
Ibu melatihku
Meniarap, merangkak, bertatih
Hingga aku mampu menapak sendiri
Ayah tersenyum bangga melihat aku
Ibu erat dipeluk
Bahagialah aku melewati zaman itu

Sebuah persinggahan
Selamat pagi cikgu!
Ungkapan yang menemani rutin harian
Aku menabur bakti pada bangsa
Balasanku kepada kasih ibu dan ayah

Sebuah persinggahan
Allahuakbar!
Laungan gemersik ke cuping anak kecil
Damailah hati mengecap nikmat Tuhan
Makin menggunung perasaan kasih
Terhadap si pujangga cintaku

Sebuah persinggahan
Ruang kian sempit
Nafas kian terhenti
Lenyaplah nikmat Tuhan

Tibalah sudah sebuah persinggahan
Yang tiada penghujung....